Hak dan tanggungjawab penyumbang WP:COPY

Jika anda menyumbang bahan kepada Wikipedia, anda dianggap melesenkannya kepada awam di bawah lesen GFDL (tanpa bahagian tak Berubah, teks halaman hadapan atau halaman belakang). Untuk menyumbang, anda mestilah mempunyai kuasa menggunakan lesen ini, yang beerti sama ada anda:

  • anda memiliki hak cipta bahan tersebut, contohnya kerana anda yang menghasilkannya, atau
  • anda mendapat bahan tersebut daripada sumber yang membolehkan pelesenan di bawah GFDL, contohnya kerana bahan tersebut dalam domain awam atau memang berlesen GFDL.

Dalam kes pertama, hak cipta bahan tersebut masih milik anda. Anda boleh menerbitkannya semula dengan apa lesen atau bentuk yang anda inginkan. Namun, anda tidak boleh mengambil balik versi GFDL yang anda letakkan di sini, ia kekal di bawah GFDL selama-lamanya. Dalam kes kedua, jika anda menggunakan bahan GFDL, sebagai memenuhi tuntutan GFDL, anda harus mengakui penciptanya dan memberikan pautan kembali kepada lokasi rangkaian salinan asal.

Menggunakan hasil hak cipta orang lain

Jika anda menggunakan sebahagian karya orang lain atas sebab "kegunaan adil", atau anda mendapat izin untuk menggunakannya daripada pemilik hak cipta, anda harus menyatakan sedemikian (bersama nama dan tarikh). Tujuan kami adalah untuk menyebarkan sebanyak mungkin kandungan Wikipedia, jadi gambar dan fail bunyi asal yang dilesenkan di bawah GFDL atau dalam domain awam sentiasa lebih disukai berbanding fail media berhak cipta yang berstatus kegunaan adil.

Jangan gunakan bahan yang melanggar hak cipta orang lain. Perbuatan ini boleh menghasilkan liabiliti undang-undang dan menjejaskan projek ini. Jika tidak pasti, karang sendiri.

Sila perhatikan bahawa undang-undang hak cipta mengawal penyataan kreatif idea, bukan idea atau maklumat itu sendiri. Jadi adalah sah untuk anda membaca rencana ensiklopedia atau karya lain, menulis kembali dengan cara anda dan menghantarnya kepada Wikipedia. Walau bagaimanapun, anda digalakkan menyatakan sumber anda supaya lebih beretika. Lihat penciplakan dan kegunaan adil untuk perbincangan sejauh anda karya tersebut harus ditulis semula secara am.

Pautan kepada hasil hak cipta

Memaut kepada karya berhak cipta biasanya tiada masalah, asalkan anda telah mencuba memastikan bahawa laman tersebut tidak mencabuli hak cipta orang lain. Jika ya, harap jangan pautkannya. Sama ada pautan tersebut akan turut dikira melanggar hak cipta boleh diperbahaskan di mahkamah, tetapi memaut kepada tapak yang sengaja melanggar hak cipta akan memberikan tanggapan buruk kepada kita. Jika tapak tersebut menggunakan konsep kegunaan adil, pautan dibolehkan.

Sekiranya anda bertemu dengan pelanggaran hak cipta

Ia bukanlah tugas setiap ahli Wikipedia untuk memantau setiap rencana bagi memastikannya tidak melanggar hak cipta, tetapi jika anda terjumpa atau merasakan ada pelanggaran, silalah sekurang-kurangnya nyatakan rasa syak anda di laman perbualan rencana terbabit. Orang lain akan memeriksa keadaan tersebut dan mengambil tindakan jika perlu. Maklumat terbaik yang anda boleh berikan ialah URL atau sumber lain yang anda percaya merupakan sumber asal. Sekadar mengatakan sesuatu perkara melanggar hak cipta tidak membantu.

Sesetengah kes akan didapati palsu. Contohnya jika penyumbang tersebut merupakan pemilik suatu karya berhak cipta yang diterbitkan di tempat lain, dia masih boleh meletakkannya di sini sebagai GFDL jika dia mahu. Malah kadang-kadang juga kes sebaliknya berlaku, iaitu laman web lain yang meniru Wikipedia. Dalam kedua-dua kes, dinasihatkan untuk dinyatakan sedemikian untuk mengelakkan amaran palsu lagi di masa hadapan.

Jika sebahagian kandungan laman memang melanggar hak cipta, ia patut dikeluarkan dan dinyatakan di laman perbualan bersama dengan sumber asal. Jika izin dapat diperolehi kemudian, teks tersebut boleh dikembalikan kepada rencana.

Jika semua kandungan laman tersebut disyaki melanggar hak cipta. Sila berikan sumber asal dan beritahu mana-mana penyelia. Jika anda benar dan tiada usaha untuk menulis kembali teks tersebut, ia akan dihapuskan. Dalam kes melampau seseorang penyumbang masih meletakkan bahan berhak cipta walaupun diberikan amaran, dia boleh disekat daripada menyunting untuk melindungi projek ini.

Berkaitan